news 

Wajahku kanvasku

Wajahku kanvasku

 

Agen Bandarq

BERBEZA dengan pelukis lain saya lebih gemar menyolek dan melukis pada wajah sendiri ketika melakukan eksperimen.

“Saya anggap wajah sendiri sebagai kanvas untuk menghasilkan karya lain daripada yang lain,” kata Madihah Mohamud, 23, ketika menceritakan mengenai minatnya terhadap bidang solekan lukisan muka (face painting) dan solekan kesan khas (special effect).

Graduan Ijazah Sarjana Muda Geografi, Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu berkata, biarpun tidak memiliki sijil khusus atau menghadiri kelas dalam bidang itu dia berjaya membuktikan kemahuan dan kesungguhan mampu mengatasi segala-galanya.

Gadis mesra dengan panggilan Mady, ini memberitahu dia mula serius untuk mendalami bidang solekan lukisan muka dan solekan kesan khas sejak tiga tahun lalu.

KLICK TULISAN MIRING DI SAMPING INI UNTUK MASUK KEDALAM SITUS JUDI POKER ONLINE TERPERCAYA CROWNQQ  :  AGEN BANDARQ

Dia berasal dari Tawau, Sabah berkata, apa yang dilakukan sekarang mungkin disebabkan oleh minatnya terhadap bidang seni khususnya lukisan yang bermula sejak kecil lagi.

“Bagi mendapatkan idea dan mengasah lagi kemahiran saya banyak merujuk karya solekan lukisan muka dan kesan khas dihasilkan artis tempatan dan antarabangsa, kagum melihat hasil kerja tangan mereka jadi saya juga kena cuba.

“Usaha tangga kejayaan, jadi saya berlatih di rumah dengan menyolek wajah sendiri tanpa menghadiri mana-mana kelas. Mujur keluarga dan kawan-kawan sokong minat saya ini,” katanya.

Katanya, minat yang mendalam terhadap solekan lukisan muka dan solekan kesan khas menyebabkan dia kerap melakukan eksperimen untuk meniru kulit album penyanyi antarabangsa.

Antara pilihan utama Mady adalah kulit album terbaru Shawn Mendes kerana meminati ilustrasi abstrak serta corak bunga-bungaan digunakan.

“Bagi saya, kulit album ini ada makna yang tersendiri atau menunjukkan semua orang memiliki keistimewaan dalam diri masing-masing,” katanya.

Anak kedua dari lima adik-beradik ini berkata, bagi mendapatkan hasil ilustrasi yang realistik dan hidup dia perlu bijak bermain warna, malah Mady pernah menghabiskan masa selama empat jam untuk menyiapkan lukisan solekan muka.

“Kebanyakan lukisan solekan muka dan kesan khas saya bercorak bunga-bungaan untuk tonjolkan yang manusia ada nilai estetika dalam diri sendiri. Solekan paling unik pernah saya hasilkan adalah yang berbentuk mata,” katanya.

 

Related posts

One Thought to “Wajahku kanvasku”

  1. Daddy you didn?t say what the very best factor about God is.
    You need to play too.

Leave a Comment